Thursday, 8 November 2012

I just don't get it


Kadang-kadang, aku sendiri pun tak faham dengan percaturan hidup yang telah digariskan untuk aku. Macam aku pernah baca kat somewhere yang aku sendiri tak ingat kat mana (kalau aku ingat sekali pun, perlu ke aku cakap? haha), dia cakap, permainan catur soal kehidupan ialah permainan yang paling susah dalam hidup. Dan yes, aku akuinya tanpa ragu.

Kenapa aku cakap Bahasa Melayu? Eh, suka hati aku la. Haha. Actually, ramai je complaint aku tulis benda yang orang tak faham. Tapi, tu la tujuan sebenar aku, tak mahu kasi orang faham. Aku jenis yang suka say out loud apa yang aku rasa dengan bahasa yang tersirat. Sebabnya? Aku tak la suka sangat manusia-manusia sekeliling aku study aku macam lab rat and nak tahu segala isi luar dalam aku. Bagi aku, ada je benda yang sometimes kita kena keep for ourselves, kan?

Okey, berbalik kepada tajuk. Kadang-kadang aku rasa macam dah penat dah fikir pasal benda yang aku sendiri tak tahu, yang tak pasti. Soal diri aku kenapa tu, kenapa ni. Like 'hey, apa masalah kau ni?' Kadang-kadang, kita sebenarnya kena buat ikut kata hati je, fikir side kita je kalau benda ni won't hurt pun pihak tu kalau dia tak tahu. ...and of course dalam situasi yang dia tak perlu tahu pun. Heh!

Selagi benda tu tak sampai to the end, kte jangan fikir its end lagi. Enjoy the moment why we still have it. Kiranya, nikmati la sampai titisan terakhir (titisan apa, aku tak tahu). Tapi, kita kena la kuatkan diri kita nak hadapi consequences yang bakal kita hadapi, apatah lagi kalau kita memang dah pasti dah apa yang akan berlaku, or paling tak pun, kita dah more than 50% sure. Macam mana nak peroleh kekuatan? Kan kita ada Dia. Kita ada Allah. Doa tu senjata orang mukmin. Dengan berdoa kepada-Nya, insya-Allah kita boleh belajar redha dengan ketentuan-Nya, betul tak?

Apa yang aku cakap ni, bukan dah aku dah buat, tapi, assume la yang aku dah half way through. Sekarang aku berada dekat stage yang sangat menyakitkan. Aku pun tak faham benda ni ada kaitan dengan adrenalin hormone atau apa, tapi rasa macam jantung tu kena sedut dengan straw besar, kena genggam kuat-kuat gitu. Proses bina kekuatan diri agaknya? Harapnya macam tu la. Okey la, aku nak chow dah ni. Nanti aku fikir balik (reconsider) untuk teruskan tulis macam ni untuk next-next entry or back to square one. Tengok la. So, bye-bye! Assalamualaikum. :) *waving*


No comments:

Post a Comment