Thursday, 15 November 2012

Busy busy busy

Aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Dah empat hari ek sepi tanpa khabar? Ceh, kalau takde apa nak tulis takpe la jugak. Ni memang banyak sangat aku nak story sampai tak tahu where to start. *garu kepala* Hm, sebabnya, dari weekend hari tu aku busy semedang. Ceh, cakap macam orang-orang besar je. Ele, dalam kalangan orang-orang sekeliling aku, aku dikira orang penting what!

Hari Sabtu hari tu, aku ada dua wedding invitation. Yang pertama tu jiran, parents dah la takde kat rumah, aku tengah duk kroh, kroh, mak called suruh wakilkan pergi wedding tu. Aku dah kelam kabut bersiap, kejut adik ajak pergi sama. Hai, rasa macam dah besau pulak. Thee hee~

Lepas tu wedding kawan kakak aku. Pergi ngan kengkawan la, kalau kita orang gather memang jadi yang paling bising la. Hiuhh, jatuh saham. Lepas tu (berapa kali la nak lepas tu daa), lepak rumah Nik dengan Dil sebab dia takut parents dia takde kat rumah. Dil memang dah buat macam rumah sendiri dah. Haha. Tengok movie bla bla bla.

Hari Ahad pulak, wedding lagi. Dekat Bora Ombak. I swear makanan dia sedap, especially pucuk ubi tempoyak dia. Pehh! Kaw!

Hari Isnin aku habiskan buku aku, Mary Higgins Clark's I'll Walk Alone. What an unexpected story. Hewhew~ Hari Selasa, iaitu semalam, aku spring cleaning bilik aku yang memang desperate mintak kena bersih. Sapu lantai sampai lapan kati habuk (okey, aku exaggerate). Memang penat aku cakap. Tapi, kalau tak buat bila lagi, kan? Cuti-cuti macam ni la.

Before

After

Frankly, takde la before mana, dah halfway kemas baru aku ingat nak ambil gambar. Dia tak seteruk bila tengok depan mata though. Haha. Yang selepas tu, aku saja nak tunjuk my lovely blue sheet. Cantik, kan? Huhu. *sorok Febreeze dekat belakang* Apa mesej (ada mesej pulak?) yang aku nak sampaikan ialah, cuti cuti macam ni, rajin-rajinkan la diri untuk buat sesuatu yang bermanfaat, okey? Jumpa lagi dalam next entry (got a whole lot more to tell you guys). :)

No comments:

Post a Comment