Saturday, 10 November 2012

We have Allah


Assalamualaikum guys,

Aku rasa it's better to start with the proper way. :) Mula-mula sekali, aku nak bagitahu yang hari ni merupakan hari ke tiga aku bersekolah waktu cuti ni. Datang gilir-gilir gitu (dah ditetapkan sekolah). Hari ni hari yang ke tiga dan juga yang terakhir untuk tahun ini. Dengan rasminya, aku cakap, hari ni ialah hari terakhir aku di sekolah sebagai seorang student form 4. Sedih? Mesti la, sebab tak ready lagi nak masuk form 5, heh!

Kalau korang nak tahu macam mana hari pertama dengan hari ke dua berlalu. Klik sini untuk hari pertama, dan Klik sini untuk hari ke dua. Ni blog kawan aku. Kalau rajin, follow la dia (heh, aku pun korang tak follow). Dan, kalau korang bijak, korang boleh scan mana satu aku dalam blog dia tu. Ye, aku tak lawa pun :P

Ni nak cerita pasal hari ni, hari ke tiga. Kita orang didedahkan dengan satu cerita yang agak mengejutkan (cerita dari cikgu fasal cikgu). Benda tu ada la kaitan dengan gambar kat atas tu. Bukan mengumpat, eh? Jangan salah faham. Ni cuma cerita untuk membersihkan nama. Lepas dengar tu, aku macam agak terkejut dan mula dapat relate, patut la macam ni, patut la macam tu.

Dalam hati, aku bersyukur sebab kita orang dah didedahkan dengan kebenaran daripada fitnah yang kita orang duk adapat sebelum ni. Alhamdulillah. Tapi, apa yang aku terkilannya, bukan senang kita nak tegakkan kebenaran dalam atmosfera yang penuh dengan tipu dan fitnah (ceh, tengok ayat aku? bangga cikgu BM aku :P). Betul la, ingat senang ke nak betulkan satu keadaan tu bila virus dah spread macam cendawan tumbuh selepas hujan (again? haha).

Apa yang terdetik dalam hati aku untuk buat waktu tu, ialah doa. Aku doa "Ya Allah, jauhilah kami dari segala fitnah dan pengaruh fitnah atas muka bumi ni." Amin. Moga Allah kuatkan hati hamba-hamba-Nya dari perkara macam ni. Sebab ia rasa amat teruk when orang-orang yang korang sayang jadi mangsa dalam benda-benda macam ni, apatah lagi innocently. Dengan tak tahu apa-apanya. Nauzubillah.

Oleh itu Ya Allah, peliharalah kami semua dari segala pengaruh negatif dan kuatkanlah ketakwaan kami semua kepada-Mu. Amin.

p/s: Bacaan kat atas tu korang boleh amalkan. Moga bermanfaat. :)

No comments:

Post a Comment