Tuesday, 27 November 2012

Just my two cents


I don't know how to start with the intro. I just wanna share my thought about typical novels. I've read a lot of novels, sometimes things get same all the way. I think when something get typical it is called trend.

Heroin. Watak yang selalu dihina/ditindas pada awal cerita. Kadang-kadang sebab kemiskinan, kadang-kadang rupa. Lepas tu, hero pun sama je benci dekat heroin ni. Lepas beberapa tahun, mesti heroin jadi cantik, and hero pun terpikat. Yang peliknya takkan la hodoh tetiba cantik? Kalau ya pun tak la hodoh sangat ataupun cantik sebenarnya tapi orang tak sedar (logik ke?), kenapa semua orang macam pakat je nak hina benda sama? Lagi satu, masyarakat educated zaman sekarang main hina-hina orang lagi ke? Lepas tu, biasanya, last-last akan maafkan juga hero walau teruk macam mana pun sebelum tu.

Hero. Selalunya kacak gila sampai semua orang macam tergila-gilakan dia. Paling tak pun ramai/semua puji handsome. Padahal manusia biasa lebih ramai yang tahap biasa je. Ada bagi dia ni handsome, ada yang tak. Lagi satu, biasanya mesti anak orang kaya. Tak boleh buat orang biasa biasa je ke? And hero mesti jahat sikit awal cerita, and hero mesti kuat cemburu. Ha, lepas tu romantik la, bagi macam-macam, ayat pun mencairkan tahi telinga.

Antagonist. Watak jahat macam wajib je ada dalam cerita. Kalau in real life, bukan semua orang jahat tahap nak rosakkan hubungan orang. Satu lagi, mesti ada seorang perempuan gedik yang suka dekat hero yang akan plan macam-macam jahat. Tu kalau perempuan, kalau watak jahat lelaki pulak biasanya suka dekat heroin. Mula-mula baik, lepas tu nampak jahatnya. Bagi aku la, tak perlu nak nampakkan kejahatan orang baru kita nak sedar yang si hero (biasanya) adalah pilihan yang tepat. Sebab bagi aku, when someone is your real flame, you will know by heart. Lagi satu, tak perlu la jahat baru nak tolak, boleh je kalau dia lagi baik daripada hero pun, tapi heroin tetap nak pilih si hero, baru la true love, tak kisah kurang apa pun. Sebab tak perlu watak jahat sebagai medium nak sedarkan cinta antara hero and heroin sebenarnya.

Company. Biasanya ayah (Tan Sri/Datuk) si hero akan memiliki company besar yang biasanya heroin akan kerja kat situ, macam tu jugak si hero. Lagi satu, mesti hero akan jadi CEO atau apa-apa bos la. Lepas tu, mesti asyik ada mesyuarat je. Tak pun pergi site. Out station sana, out station sini. Pokoknya, mesti kerap travel punya la. Pekerja pulak akan kenenkan heroin dan hero. Biasa la tu, kan? And si heroin ni mesti disukai ramai la kat ofis tu. Perfectnya la wahai si heroin.

Kahwin tanpa rela. Aku tak nak la ulas panjang pasal ni, sebab memang ramai yang suka jalan cerita macam ni, aku pun, sebab benda ni macam lagi sedapkan cerita. Tapi, kalau plot dia sama je, bosan gak. Gaduh → Seorang je yang jatuh cinta → Kahwin paksa → Tak suka → Dah suka → Bf/Gf dari masa silam datang rosakkan rumah tangga → Konflik → Antagonis mengalah/mati/insaf → Berbaik. Boringnya, takde idea lain ke? Waduh.

Maid. Biasanya akan ada seorang orang gaji yang baik dah macam mak sendiri dah. Nama pun Mak "Something" yang nama mesti ol' school punya. Munah ke, Milah ke, Yam ke, biasa la. Ni macam dah watak penting je. Ada je la apa-apa nanti. Mesti dia sayang gila la kat anak majikan dia yang dia jaga dari kecit, macam anak sendiri dah.

That's all I can think of. Can't recall no more. Tapi tu la, apa yang aku nak tegaskan kat sini kepada writers (ceh :P), cuba cari kelainan, and kadang-kadang antagonis tu tak perlu, and biar life yang normal, bukan kaya sangat, bukan miskin sangat, maksudnya tolong la drag ke realiti sikit. Masyarakat yang normal, bukan suka menghina, and perempuan kaya yang gedik sangat la tak perlu sebenarnya. Buat something simple yang dekat dengan hati readers. Banyak dah aku jumpa novel macam ni, tabik to the writers! And ni pendapat aku semata-mata, harap takde la yang anti aku. Kalau terasa, aku minta maaf banyak-banyak. Ta-ta!  

No comments:

Post a Comment