Antara sedar dan tak, time flies. Pejam celik, pejam celik, hari ni dah hari terakhir bulan November. Antara sedia dan tak, perjuangan aku akan bermula. Siapa sangka? Honeymoon year tahun ni yang sepatutnya manis terasa kelat. Sungguh aku tak jumpa lagi kegembiraan aku tahun ni, sedar-sedar, dah nak masuk tahun depan. Ada apa dengan tahun depan? SPM menanti. Nak tanya sedia ke tak? Dua tahun lagi pun belum tentu aku akan cakap aku sedia.
Tapi, ada apa pada sedia? Masa bukan baik hati sangat nak tunggu kita. Jadi, sedia tak sedia, kita kena sedia, paling tak pun pura-pura. Masih belum terlambat kita nak didik diri kita, mungkin payah, tapi whatever doesn't kill you makes you stronger, kan? Dengan tanggungjawab yang bakal aku galas tahun hadapan, aku sedar, aku bukan lagi boleh bergantung harap pada yang lain. Aku adalah tempat orang bergantung harap, aku senior!
Enough for movies, aku dah tak larat nak tengok lagi dah. Novel pun baca yang mana tinggal je. Nampak sangat enjoy has come to its very end, kan? By the way, betul ke kalau banyak menangis boleh kurus? Kalau ye, memang aku kurus la cuti ni. Movies and novels memang banyak buat aku nangis berhingus. Dah la aku makan pun dua kali sehari je. Hmm, perubahan yang agak baik.
Sedikit sebanyak aku dah mula atur perancangan pelan aku. Nak berjaya kena la susah sikit kan? Paling aku harap, semangat bukan berkobar-kobar waktu ni je, bila masuk sekolah layu terus. Aku nak berjaya. Aku ada cita-cita. Aku kena mula jadi bijak. Selama ni aku terlalu bergantung dengan orang lain, tapi sampai bila? Entah la, aku rasa aku ni lemah semacam, sama macam antibody aku. Harap tahun depan aku sihat sejahtera hendaknya la.
Siapa tak takut? Tapi kalau word takut tu yang duk tersemat, maunya terketaq-ketaq. So, do whatever it takes, kukuhkan apa yang goyah, buat macam nak support building model dengan glue. Hmm, hubungan dengan Allah pun kena jaga. Seorang pelajar Muslim yang berjaya mestilah berjaya dari segi rohani, mentaliti, dan jasmaninya juga. Tak jadi kalau hanya setakat pencapaian akademik tu berabuk tapi hubungan dengan Allah habuk pun tadak.
Kita patutnya tahu, semua rezeki tu Allah yang pegang. Kita nak keputusan cemerlang dalam exam, tu pun Allah yang tentukan. Pastikan doa tu tak putus, hubungan dengan ibu bapa tu dijaga. hubungan dengan guru-guru pun dijaga dan perbanyakkan qiamullail untuk mencapai hajat (satu tahap yang aku sendiri pun belum pernah capai). Qiamullail tu sumber kekuatan, sumber inspirasi, sumber rezeki. Allah sayang dengan hamba-hamba-Nya yang berjaga malam untuk bermunajat pada Dia.
Aku ni bukan budak skema yang jenis ikut peraturan sangat, benda tu aku macam buat nak uji teori Inelastic Collision aje, main langgar sesuka hati. Jaga hubungan dengan guru... Cikgu kekadang aku tengok macam anti aku je, haha. Tapi nak hadapi SPM ni bukan bermaksud kita kena tak-payah-jadi-diri-sendiri gitu. Aku suka layan movie, aku suka baca novel, aku tak suka rules. Tak bermakna aku kena cut it off terus, just limitkan. Everything got its limit, kan? Takpe la, ni baru sikit perjuangannya. Berdepa-depa jauh lagi nak capai yang sebenar.
Jadi, apa pun, aku tanamkan niat dan azam untuk buat apa yang aku rasa perlu buat to achieve my ultimate goal. Do whatever it takes. Sungguh masa itu boleh bawa seribu satu perubahan bermacam gaya, sebab kehidupan ni tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba serbi nak bagi cukup hidup ni penuh warna warni. Dan tak ada benda predictable dalam hidup ni. Hari hari riang zaman sekolah ni makin berkurang kini bilah bilangannya. Hard times come easy, indeed.
No comments:
Post a Comment