Saturday, 17 November 2012

Theory and reality


There's a huge difference between theory and reality. Theory is like our mind set. Apa yang kita percaya, itu teori. Realiti pula, apa yang biasanya kita refuse untuk percaya. Benda ni bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang control mind kita, bukan mind kita control kita.

Contohnya, jerawat. Tu sebenarnya topik aku hari ni. Intro nak gempak je, kan? Haha. Macam ni la, ikut apa yang kebanyakan orang cakap, apa yang orang percaya, jerawat tu ada sebab kita berangan. Macam cuba la korang ada jerawat, ada la mana-mana mak cik akan cakap "Eh, ada jerawat, banyak berangan la tu." 

Benda ni apa yang orang set dalam mind je. Macam aku, cuti cuti ni banyak la pulak jerawat kat muka aku. Aku banyak berangan ke? Memang aku banyak berangan pun. Cuti ke tak cuti ke aku berangan je. So, apa pulaknya, kan?

Aku rasa penjelasan terbaik buat isu ni ialah cuti ni mungkin jerawat aku banyak daripada biasa sebab biasa la, cuti, schedule pun lain, timing cuci muka pun lari sikit. Kan? Munasabah kan jawapan dia? Kita kena tukar je fikiran kita ni, think more to logic. Relate dengan reality, bukan kepercayaan karut yang tak sahih. Jerawaat ni satu contoh je, satu medium yang aku bawak untuk dekatkan korang dengan mesej yang aku nak sampaikan. Okey?

Bagi aku, kita percaya bukan sebab hati kita nak percaya, tapi bila otak kita dah setuju, then only barulah kita nak percaya. Orang pun kata, ikut hati mati. Mungkin ramai tak sedar, hati dengan otak kita tak pernah seiring. Hati kita akan berada one step forward dari pada otak kita. Yang buat keputusan, tu selalunya kata hati.

One thing yang aku kagum dengan hati ni, dia pandai main trick buat tuan dia percaya apa yang dipercayai tu ialah nerve yang disent dari otak, sedangkan artery dengan vena cava dari jantung hati kita tu yang bawak info (pandai la aku punya philosophy). Heh! So, apaper pun, aku nasihatkan kepada semua, buat keputusan biarlah waktu kita waras. Dan, berani buat berani tanggung. Assalamualaikum.

Friday, 16 November 2012

Maal Hijrah 1434


Alhamdulillah. Sempat juga kita sampai ke tahun baru Maal Hijrah 1434, dengan izin Allah. Sempena Maal Hijrah ni, marilah sama-sama kita tanamkan satu azam dalam diri kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ni.

Thursday, 15 November 2012

Busy busy busy

Aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Dah empat hari ek sepi tanpa khabar? Ceh, kalau takde apa nak tulis takpe la jugak. Ni memang banyak sangat aku nak story sampai tak tahu where to start. *garu kepala* Hm, sebabnya, dari weekend hari tu aku busy semedang. Ceh, cakap macam orang-orang besar je. Ele, dalam kalangan orang-orang sekeliling aku, aku dikira orang penting what!

Hari Sabtu hari tu, aku ada dua wedding invitation. Yang pertama tu jiran, parents dah la takde kat rumah, aku tengah duk kroh, kroh, mak called suruh wakilkan pergi wedding tu. Aku dah kelam kabut bersiap, kejut adik ajak pergi sama. Hai, rasa macam dah besau pulak. Thee hee~

Lepas tu wedding kawan kakak aku. Pergi ngan kengkawan la, kalau kita orang gather memang jadi yang paling bising la. Hiuhh, jatuh saham. Lepas tu (berapa kali la nak lepas tu daa), lepak rumah Nik dengan Dil sebab dia takut parents dia takde kat rumah. Dil memang dah buat macam rumah sendiri dah. Haha. Tengok movie bla bla bla.

Hari Ahad pulak, wedding lagi. Dekat Bora Ombak. I swear makanan dia sedap, especially pucuk ubi tempoyak dia. Pehh! Kaw!

Hari Isnin aku habiskan buku aku, Mary Higgins Clark's I'll Walk Alone. What an unexpected story. Hewhew~ Hari Selasa, iaitu semalam, aku spring cleaning bilik aku yang memang desperate mintak kena bersih. Sapu lantai sampai lapan kati habuk (okey, aku exaggerate). Memang penat aku cakap. Tapi, kalau tak buat bila lagi, kan? Cuti-cuti macam ni la.

Before

After

Frankly, takde la before mana, dah halfway kemas baru aku ingat nak ambil gambar. Dia tak seteruk bila tengok depan mata though. Haha. Yang selepas tu, aku saja nak tunjuk my lovely blue sheet. Cantik, kan? Huhu. *sorok Febreeze dekat belakang* Apa mesej (ada mesej pulak?) yang aku nak sampaikan ialah, cuti cuti macam ni, rajin-rajinkan la diri untuk buat sesuatu yang bermanfaat, okey? Jumpa lagi dalam next entry (got a whole lot more to tell you guys). :)

Saturday, 10 November 2012

We have Allah


Assalamualaikum guys,

Aku rasa it's better to start with the proper way. :) Mula-mula sekali, aku nak bagitahu yang hari ni merupakan hari ke tiga aku bersekolah waktu cuti ni. Datang gilir-gilir gitu (dah ditetapkan sekolah). Hari ni hari yang ke tiga dan juga yang terakhir untuk tahun ini. Dengan rasminya, aku cakap, hari ni ialah hari terakhir aku di sekolah sebagai seorang student form 4. Sedih? Mesti la, sebab tak ready lagi nak masuk form 5, heh!

Kalau korang nak tahu macam mana hari pertama dengan hari ke dua berlalu. Klik sini untuk hari pertama, dan Klik sini untuk hari ke dua. Ni blog kawan aku. Kalau rajin, follow la dia (heh, aku pun korang tak follow). Dan, kalau korang bijak, korang boleh scan mana satu aku dalam blog dia tu. Ye, aku tak lawa pun :P

Ni nak cerita pasal hari ni, hari ke tiga. Kita orang didedahkan dengan satu cerita yang agak mengejutkan (cerita dari cikgu fasal cikgu). Benda tu ada la kaitan dengan gambar kat atas tu. Bukan mengumpat, eh? Jangan salah faham. Ni cuma cerita untuk membersihkan nama. Lepas dengar tu, aku macam agak terkejut dan mula dapat relate, patut la macam ni, patut la macam tu.

Dalam hati, aku bersyukur sebab kita orang dah didedahkan dengan kebenaran daripada fitnah yang kita orang duk adapat sebelum ni. Alhamdulillah. Tapi, apa yang aku terkilannya, bukan senang kita nak tegakkan kebenaran dalam atmosfera yang penuh dengan tipu dan fitnah (ceh, tengok ayat aku? bangga cikgu BM aku :P). Betul la, ingat senang ke nak betulkan satu keadaan tu bila virus dah spread macam cendawan tumbuh selepas hujan (again? haha).

Apa yang terdetik dalam hati aku untuk buat waktu tu, ialah doa. Aku doa "Ya Allah, jauhilah kami dari segala fitnah dan pengaruh fitnah atas muka bumi ni." Amin. Moga Allah kuatkan hati hamba-hamba-Nya dari perkara macam ni. Sebab ia rasa amat teruk when orang-orang yang korang sayang jadi mangsa dalam benda-benda macam ni, apatah lagi innocently. Dengan tak tahu apa-apanya. Nauzubillah.

Oleh itu Ya Allah, peliharalah kami semua dari segala pengaruh negatif dan kuatkanlah ketakwaan kami semua kepada-Mu. Amin.

p/s: Bacaan kat atas tu korang boleh amalkan. Moga bermanfaat. :)

Friday, 9 November 2012

Confessions or just ranting on?



Okay, I've made up my mind untuk stick on dengan cara baru ni (at least untuk sementara). Not half bad pun. Hmm, tak tahu nak mula dari mana. Look, aku pernah ada kind of conversation la dengan cikgu kaunseling aku, oh, bukan aku kena kaunseling, actually aku pun dalam bidang yang sama. So, I don't need one. Macam aku cakap tadi, borak-borak biasa je. Cikgu aku cakap, kalau kita (teenage girls) suka kat ramai guys dalam satu masa, kind of, bila lepak dengan dia ni, suka dia ni, bila lepak dengan orang tu suka orang tu pulak. Faham tak?

Ala, macam ada ramai crush dalam satu masa. Tengok orang tu handsome, nak suka, handsome, nak suka. Macam tu la lebih kurang. Ha, cikgu aku cakap, kalau macam ni, maksudnya, kita belum matang. Budak-budak kecit lagi la kiranya. Hati tak tetap, lepas tu macam tak mampu fikir betul-betul lagi. Itu la dia nak cakapnya.

Sebagai teenage girl yang normal, mesti la aku faham how actually it feels. Kadang-kadang aku pun ragu-ragu, adakah aku masih dalam tahap tu? Tapi, entah macam mana, entah beberapa kali ditest secara tak langsung, hati aku dah macam yakin yang aku memang dah keluar dari fasa tu. Sebab sepanjang tempoh ni, apa yang aku rasa, yang aku buat, semuanya tak sama dengan yang sebelum ni. Sangat-sangat lain.

Kenapa aku macam sure je? Sebab hati aku macam statik je, tak bergerak walau ke mana pun aku dah pergi. Dia tak melayang-layang dengan aku sama-sama. And yes, ini ialah the very first time aku rasa macam ni. That's a good thing to say (yeke?). Kalau macam dulu, bila dengan ni, lupa yang tu, lepas tu gelak-gelak girlish-girlish gitu la kononnya happy sangat la. Waktu tu happy la, haha. Tapi, adakah ini kerana aku betul-betul dah masuk fasa yang baru, yang tak terjangka, atau aku just grow up? Jadi lebih matang dari sebelum ni? (See, aku dah confuse).

Tapi kan, sekarang ni macam ada glue yang kuat melekat kat otak or hati or whatsoever yang menyebabkan aku stick dengan satu je in my mind. And what do I call this? Aku tak tahu, dan aku tak nak tahu (walaupun otak aku dah buat assumption). Buat masa ni, aku rasa, biar la dulu, sebab apaper pun, aku still budak kecit, and aku kena hold to that. So, enough for now, bye-bye! :) 

Thursday, 8 November 2012

I just don't get it


Kadang-kadang, aku sendiri pun tak faham dengan percaturan hidup yang telah digariskan untuk aku. Macam aku pernah baca kat somewhere yang aku sendiri tak ingat kat mana (kalau aku ingat sekali pun, perlu ke aku cakap? haha), dia cakap, permainan catur soal kehidupan ialah permainan yang paling susah dalam hidup. Dan yes, aku akuinya tanpa ragu.

Kenapa aku cakap Bahasa Melayu? Eh, suka hati aku la. Haha. Actually, ramai je complaint aku tulis benda yang orang tak faham. Tapi, tu la tujuan sebenar aku, tak mahu kasi orang faham. Aku jenis yang suka say out loud apa yang aku rasa dengan bahasa yang tersirat. Sebabnya? Aku tak la suka sangat manusia-manusia sekeliling aku study aku macam lab rat and nak tahu segala isi luar dalam aku. Bagi aku, ada je benda yang sometimes kita kena keep for ourselves, kan?

Okey, berbalik kepada tajuk. Kadang-kadang aku rasa macam dah penat dah fikir pasal benda yang aku sendiri tak tahu, yang tak pasti. Soal diri aku kenapa tu, kenapa ni. Like 'hey, apa masalah kau ni?' Kadang-kadang, kita sebenarnya kena buat ikut kata hati je, fikir side kita je kalau benda ni won't hurt pun pihak tu kalau dia tak tahu. ...and of course dalam situasi yang dia tak perlu tahu pun. Heh!

Selagi benda tu tak sampai to the end, kte jangan fikir its end lagi. Enjoy the moment why we still have it. Kiranya, nikmati la sampai titisan terakhir (titisan apa, aku tak tahu). Tapi, kita kena la kuatkan diri kita nak hadapi consequences yang bakal kita hadapi, apatah lagi kalau kita memang dah pasti dah apa yang akan berlaku, or paling tak pun, kita dah more than 50% sure. Macam mana nak peroleh kekuatan? Kan kita ada Dia. Kita ada Allah. Doa tu senjata orang mukmin. Dengan berdoa kepada-Nya, insya-Allah kita boleh belajar redha dengan ketentuan-Nya, betul tak?

Apa yang aku cakap ni, bukan dah aku dah buat, tapi, assume la yang aku dah half way through. Sekarang aku berada dekat stage yang sangat menyakitkan. Aku pun tak faham benda ni ada kaitan dengan adrenalin hormone atau apa, tapi rasa macam jantung tu kena sedut dengan straw besar, kena genggam kuat-kuat gitu. Proses bina kekuatan diri agaknya? Harapnya macam tu la. Okey la, aku nak chow dah ni. Nanti aku fikir balik (reconsider) untuk teruskan tulis macam ni untuk next-next entry or back to square one. Tengok la. So, bye-bye! Assalamualaikum. :) *waving*


Wednesday, 7 November 2012

It is how you see it

Beauty is something subjective. :)

p/s: Sorry for the short entry. Not really in mood to write much. So, here you go.